Ahad, 14 September 2014


CABARAN BERBEZA DENGAN KHIDMAT BAS

Penganjuran Program 'Treasure Hunt' - Pelancongan Cabaran Minda 2014 disasarkan ke arah penerapan kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang memerlukan peserta mengaplikasikan kemahiran mentafsir, menganalisis serta memanipulasi maklumat untuk menjawab persoalan dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Pada kebiasaannya, program pencarian maklumat seumpama ini kerap dianjurkan menerusi penglibatan orang dewasa secara berpasangan atau kumpulan kecil dengan menggunakan kenderaan peribadi seperti kereta atau motosikal. Namun, keunikan pada program ini adalah menerusi penyertaan secara berpasukan dengan bilangan ahli yang ramai (40 ahli bagi setiap pasukan), serta cabaran berbeza dengan penggunaan khidmat bas untuk menguruskan pergerakan pasukan dari destinasi ke destinasi yang lain.


Program ini juga menjanjikan cabaran yang menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping menerapkan eleman-eleman permuafakatan, kerjasama serta hubungan mesra sesama peserta. Pengalaman yang diperolehi pula boleh melatih mereka tentang cara menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi, meneroka, mengambil risiko, mencipta, membuat penilaian dan bijak membuat pilihan.

MAKLUMAT PROGRAM




Nama Program



Penganjur


Sokongan




Tarikh Fasa 1
Tarikh Fasa 2
Tarikh Fasa 3


Hari


Masa


Venue Rasmi


Kategori Peserta


Kos Penyertaan


Cadangan
Penginapan



Destinasi Cabaran


Hadiah

Johan

Naib Johan

Ketiga

Saguhati


:



:


:




:




:


:


:


:


:


:




:




:

:

:

:


'Treasure Hunt Dengan Khidmat Bas' -
Pelancongan Cabaran Minda 2014


AGENDA MANAGEMENT (MA0195481-V)


Bahagian Promosi Pelancongan, Jabatan Ketua Menteri
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)


01 November 2014
08 November 2014
15 November 2014


Sabtu


8.00 pagi - 6.00 petang


Perkarangan Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.


Murid-Murid Tahun Enam (Lepasan UPSR 2014)


RM 65.00 seorang x 40 peserta (sebuah bas)


Asrama Sekolah          -  RM 16.00 x seorang / sehari
Apartment 2 bilik         -  RM 25.00 x seorang / sehari
Pakej (3 x makan)       -  RM 60.00 x seorang / sehari


4 Check Point Fasa 1
4 Check Point Fasa 2



RM 3000.00

RM 2000.00

RM 1000.00

RM   200.00 x 5 pemenang


TENTATIF PROGRAM

JUMAAT
(Aktivit Luar)
Program

02.00 pm

04.00 pm

08.00 pm

-  Pendaftaran / Taklimat

-  Lawatan 1 - Bandar Hilir

-  Lawatan 2 - Melaka River Cruise (dibiayai penganjur)
SABTU
(Hari Pertandingan)

06.45 am

07.00 am

08.30 am







12.00 pm



01.00 pm

04.30 pm






08.30 pm


-  Pendaftaran Peserta  / Agihan Baju T

-  Sarapan / Taklimat

-  Perasmian di Perkarangan Stadium Hang Jebat

-  Pelepasan Bas Peserta 'Cabaran Treasure Hunt'

-  Pertandingan bermula (4 destinasi pertama)



-  Makan tengahari



-  Pertandingan bersambung (4 destinasi kedua)

-  Peserta Berkumpul di vanue majlis penutup

-  Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah

-  Jamuan


-  Majlis Makan Malam Khas (Peserta bermalam di Melaka) :

   Sembang Santai Bersama Ikon Negeri Melaka
   (Pemimpin Negeri, Tokoh Sukan, Pendidik, Artis )


AHAD
(Aktivit Luar)
Program
06.45 am

07.15 am

09.00 am

01.00 pm
-  Riadah

-  Sarapan pagi

-  Lawatan ke Melaka Wonderland (biaya sendiri)

-  Check Out / Bertolak Balik

PERATURAN PERTANDINGAN

1.0       NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan 'Treasure Hunt' Dengan Khidmat Bas - Pelancongan Cabaran Minda 2014.

2. 0      PENGANJURAN
   
Pertandingan ini dianjur dan dikelolakan oleh AGENDA Management (syarikat pengurusan acara) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka.

3.0       KATEGORI PERTANDINGAN

3.1  Kategori Sekolah Bawah 12 Tahun  (Sekolah Rendah)
3.2  Kategori Sekolah Bawah 15 Tahun  (Sekolah Menengah)
3.3  Kategori Sekolah Bawah 18 Tahun  (Sekolah Menengah)

4.0       SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

4.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan minimum 40 orang ahli bagi menyertai pertandingan ini.

4.2  Keahlian bagi setiap pasukan sekolah adalah merangkumi kesemua ahli yang berada di dalam bas merangkumi murid-murid, guru penasihat serta pemandu bas berkenaan.

4.3  Setiap pasukan boleh mendaftarkan :
       4.3.1     32 hingga 40 orang murid
       4.3.2     Maksimum 04 orang guru
       4.3.3     Maksimum 02 orang pemandu.

4.4 Setiap pasukan perlu menjelajah ke enam lokasi (check point) yang ditetapkan pihak penganjur.

4.5 Di setiap lokasi (check point), setiap pasukan akan diberikan 8 soalan bersama pembayang yang memerlukan peserta mentafsir, menganalisis serta memanipulasi maklumat untuk menjawab serta menyelesaikan persoalan tersebut.

4.6 Setiap pasukan perlu membahagikan ahli-ahli kepada lapan kumpulan kecil bagi memudahkan misi menyelesaikan dan menjawab 8 soalan yang diberikan di setiap lokasi (check point).

4.7 Lokasi (check point) yang dipilih untuk dikunjungi setiap pasukan merupakan destinasi-destinasi pelancongan popular seperti Taman Rama-Rama, Taman Mini Malaysia, Zoo Melaka, Taman Buaya Melaka, Taman Seribu Bunga, Taman Botanikal, A'Famosa, Bukit St. Paul, Bangunan Stadthuys dan lain-lain.

4.8  Setiap pasukan/peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan dan undang-undang jalan raya disepanjang berlangsungnya acara. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang melanggar mana-mana peraturan dan undang-undang jalanraya.

4.9  Pemilihan lokasi tugasan telah dibuat oleh pihak penganjur berdasarkan kesesuaian serta mengambil kira aspek keselamatan peserta khususnya dalam kalangan murid-murid sekolah.

5.0       PENENTUAN PEMENANG

5.1 Kriteria utama untuk menentukan pemenang pertandingan ini adalah berdasarkan ketepatan jawapan oleh pasukan terhadap kesemua soalan yang dikemukakan.

5.2 Penilaian juga dibuat berdasarkan masa yang diambil untuk menyelesaikan misi di setiap lokasi (check point).

5.3 Perlu diingat bahawa tempoh masa semasa perjalanan di dalam bas, dari satu lokasi ke lokasi yang lain, tidak akan diambil kira untuk menentukan pemenang pertandingan. Masa hanya dikira semasa pasukan mula melangkah masuk ke setiap lokasi (check point) hinggalah selesai misi di lokasi (check point) berkenaan.

6.0       HADIAH KEMENANGAN

6.1  Johan                             -   RM 3000.00
6.2  Naib Johan                  -   RM 2000.00
6.3  Tempat Ke-3                 -   RM 1000.00
6.4  Hadiah Saguhati         -   RM   200.00 x 5 pemenang

7.0       HAL-HAL LAIN

7.1 Yuran sebanyak RM 65.00 akan dikenakan kepada setiap ahli yang menyertai program.

7.2 Bayaran yuran adalah termasuk penyediaan T-Shirt pertandingan, goody bag, insuran peserta, tiket masuk ke setiap lokasi (check point), sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan kos penyediaan hadiah kemenangan.

7.3 Sebarang pertanyaan atau untuk pengesahan penertaan sila hubungi melalui :

       7.3.1   Telefon      :  017-6406104 (Mohd Syazwan Nazmi @ Wan)
       7.3.2   Email          :  agendaminda@gmail.com
       7.3.3   Faks            :  06-2636588
       7.3.4   Blog            :  http://agendaminda.blogspot.com/
                                   http://mohdnasirsalim.blogspot.com/ 

7.4  Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang dihantar lewat.

7.5 Pihak penganjur juga berhak untuk meminda tarikh atau membatalkan penganjuran acara di atas sebab-sebab yang dirasakan perlu. Dalam situasi tersebut, semua yuran penyertaan akan dikembalikan secara penuh.

BORANG PENYERTAAN

MAKLUMAT PASUKAN :


Nama Sekolah / Jabatan / Organisasi / Pertubuhan



Alamat



Negeri


No. Telefon / Faks





MAKLUMAT PENYERTAAN :

Jumlah Peserta



Nama Pengurus Pasukan



No. HP / e-mail Pengurus





MAKLUMAT PEMBAYARAN :


· Bersama-sama ini disertakan bayaran deposit 25% berjumlah RM..................................... sebagai pengesahan penyertaan pasukan / sekolah kami.

·      Bayaran menggunakan akaun MAYBANK : 154026754203

·   Baki bayaran sebanyak RM ..................................... akan kami jelaskan semasa sesi pendaftaran ketika menyertai program ini di Melaka.

Yang Benar,


(                                                           )


Sila fakskan borang penyertaan ini di talian 06-2636588 atau email di agendaminda@gmail.com

Khamis, 24 Mei 2012

Manfaat Cuti Dengan Aktiviti Berfaedah

APAKAH perkara yang terpanjang, yang terpendek, tersangat pantas, dan sangat perlahan? Apabila tidak mempedulikannya selepas itu pasti kita akan menyesalinya. Tiada apa yang dapat dilakukan tanpanya. Ia menelan segala yang kecil dan membina segala yang besar. Apakah perkara itu? Jawapannya adalah masa. Begitulah hebatnya masa; apabila kita berada dalam keseronokan ia pasti bergerak dengan cepat sekali begitu juga apabila kita dalam keadaan terlalu dukacita, sedih dan derita pasti masa bergerak sangat perlahan. Segala urusan dan kehidupan kita mesti mengambil masa kerana segala-galanya akan tercatat dan dirakam sama ada perkara itu kecil atau besar. 

*Menyertai aktiviti perkhemahan bersama keluarga dll.

Cuti sekolah kini sudah bermula selepas berpenat lelah dengan rutin harian dengan pelajaran. Maka, tiba musim cuti ini untuk merehatkan minda jasmani. Namun, bukan bererti apabila tiba musim cuti persekolahan semuanya bercuti. Jangan biarkan masa berlalu percuma sebab ia akan menentukan kehidupan kita. Seperti gelas, nilai dan harganya bergantung kepada apa yang terkandung di dalamnya. Jika ia air kosong harganya murah berbanding jika ia diisi dengan emas maka ia berharga. Begitu juga, jika di dalamnya racun maka ia sangat berbahaya, merosak serta memusnahkan. Oleh itu, sempena musim cuti sekolah ini, pelajar dan ibu bapa perlu memenuhi masa cuti dengan aktiviti berkualiti dan sentiasa prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kejadian kemalangan sering berlaku dan meningkat pada musim cuti persekolahan kerana aktiviti pelajar berlaku secara tidak terancang dan tanpa kawalan. Sekarang terdapat banyak penganjur menjalankan kursus buat anak-anak jadi terpulang kepada ibu bapa memilih yang mana satu yang berkenan di hati. Berilah peluang kepada mereka menambahkan bilangan kawan secara sihat. Mereka boleh terus bermain dalam program atau kursus yang memberi manfaat.

*Melakukan aktiviti belajar berkumpulan 

Sekiranya membiarkan mereka menghabiskan masa secara bersendirian mungkin terdapat banyak kelemahan dan kesilapan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada diri dan keluarga. Ibu bapa yang tidak mampu, masih berpeluang memanfaatkan cuti itu dengan menganjurkan aktiviti lain asalkan tidak membiarkan aktiviti berlangsung tanpa kawalan dan perancangan. Rugi sangat masa berlalu begitu saja jika asyik menghadap permainan video sepanjang waktu atau menonton televisyen. Hassan Al-Banna pernah mengatakan, “Waktu adalah kehidupan. Mensia-siakan waktu bererti mensia-siakan kehidupan.” Begitu pentingnya waktu sehingga Allah s.w.t bersumpah dengan waktu. “Wal ‘ashr, demi masa,” kata Allah dalam surat al-Ashr. Selain itu, dalam surah lain seperti Walfajri, demi waktu fajar (al-Fajr:1), Wadhdhuha, demi waktu dhuha (Adh-Dhuha:1), Wallaili, demi waktu malam (asy-Syams:3), Wannahari, demi waktu siang (asy-Syams: 4).

 *Jangan membazirkan masa dengan menonton televisyen.

Justeru itu, ibu bapa hendaklah memainkan peranan demi memastikan anak-anak mereka memanfaatkan masa cuti dengan sebaik mungkin. Hantarlah anak mengikuti kelas atau tuisyen atau bawalah mereka ke pesta buku yang boleh memberi faedah demi kecemerlangan mereka kemudian hari. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkan masa serta bertanyalah apa masalah anak-anak. Teman dan beri dorongan kepada mereka ketika belajar walaupun hanya untuk seketika kerana perkara seperti itu boleh merangsang dan menaikkan semangat anak untuk belajar. Akhir kata, manfaatkanlah cuti anda sebaik mungkin. Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar dengan harapan apa yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.